Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Wednesday, January 19, 2011

NASI MINYAK HUJAN PANAS



Nasi minyak ni menu semalam so, semuanya sudah 'selamat' la. Semalam malas nak masukkan entry (cakap terang2 ni.....hehehe). Nama nasi minyak ni sesuai benar dengan cuaca kat oklen ni yg hujan panas tak tentu. Hari ni pun td elok jer panas ni tiba2 mendung dan angin bertiup kuat, sejuuuuukkk la jugak. Ini tengah summer ni. Tp kalau waktu panas terik tu memang betul2 panas la macam kt mesia. Cuma yg syoknya bila waktu panas ada angin bertiup. Alangkah nyamannya bila cuaca panas kemudian ada angin bertiup sejuk. Hehehe...syok la! Apartment kami lak dekat dengan laut, sambil feeling2 dgn cuaca boleh la layan burung-burung yang berterbangan dan bunyi kapal yg pong! pong! bunyinya..... hahahahaha..... banyak pulak merepek ni.... :p Ok, sila layan resepi di bawah! Aku cuma buat 2 pot beras jer.



Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan Tumis

  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Bahan Hias

  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka.



makan bersama ayam masak madu yg sempoi....

1 comment:

  1. neh peberet qist neh..ari2 tanya, ada lagi x nasi yg kaler2..sudahhh..x kan nk bt hari2 kotttt..pingsann..hahaha..

    kita guna resepi nasi yg sama..sedapkan..& plg penting agak simple..sesuai tuk zila yg sentiasa ada penyakit M neh..hehehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...